awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Crimea kembali beroperasi

Sinar Harian
Sinar Harian
09/10/2022
22:15 MYT
Jambatan Crimea kembali beroperasi
Siasatan awal Moscow mendapati letupan berpunca daripada sebuah trak. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Siasatan awal Moscow mendapati letupan berpunca daripada sebuah trak. - Foto AFP
Aliran trafik disambung semula di jambatan utama yang menghubungkan Rusia dengan Crimea yang menjadi simbol pengilhakan Moscow di semenanjung tersebut beberapa jam selepas sebahagiannya musnah dalam insiden letupan.
Timbalan Perdana Menteri Rusia, Marat Khusnullin berkata, salah sebuah laluan yang musnah akan dipulihkan dalam masa terdekat setelah jambatan itu kembali beroperasi seperti biasa.
Penyiasat Kremlin dalam satu kenyataan memaklumkan Jambatan Kerch sepanjang 19 kilometer itu dibom dan turut meragut tiga nyawa.
Kejadian pengeboman itu memberi tamparan hebat kepada Kremlin selepas ia menerima 'sorakan' daripada penduduk Ukraine dan pengguna media sosial.
Beberapa rangkaian media menggelar insiden itu sebagai 'situasi kecemasan' walaupun Moscow mengaitkannya dengan 'keganasan'.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menerusi ucapannya tidak menyebut secara terperinci tentang kejadian itu walaupun beliau bercakap tentang masa depan yang cerah untuk penduduk Kiev tanpa 'penceroboh' khususnya di Crimea.
Penasihat beliau, Mykhailo Podolyak bagaimanapun seakan-akan memberi bayangan kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kemaraan Kiev menerusi ciapan di Twitter.
"Crimea, jambatan itu adalah permulaan. Perkara yang menyalahi undang-undang perlu dimusnahkan, segala yang dirampas perlu dikembalikan semula kepada Ukraine, apa-apa yang diduduki oleh Rusia perlu diusir," ujarnya.
Difahamkan, jambatan strategik itu merupakan logistik utama kepada Moscow kerana ia adalah rangkaian pengangkutan penting untuk membawa peralatan ketenteraan kepada tentera yang terlibat operasi di Ukraine.
Ketika ini, desakan semakin meningkat dalam kalangan pemimpin pro-Rusia di Kiev supaya melancarkan serangan balas bagi mengekang kemaraan tentera Ukraine ke Crimea.
Info: >Jambatan Kerch, terpanjang di Eropah dibina Moscow dengan menelan kos AS$3.7 bilion (RM17.2 bilion) selepas pengilhakan Crimea pada 2014. Ia dilengkapi laluan empat lorong dan landasan kereta api.
>Pada 2018, Presiden Rusia, Vladimir Putin pernah merasmikan jambatan itu malah pernah memandu sendiri sebuah trak ketika melaluinya. Sebelum ini, laluan itu kekal selamat walaupun berlaku pertempuran. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jambatan Crimea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan