awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri

Bernama
Bernama
06/04/2026
06:27 MYT
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
Bo Lingam berkata kumpulan itu juga kekal komited dalam mengekalkan tenaga kerja sedia ada walaupun diasak tekanan serta cabaran industri pada masa ini. -Foto Bernama
AirAsia X hari ini memberi jaminan tidak akan melaksanakan langkah mengurangkan jumlah pekerjaan atau menawarkan cuti tanpa gaji sebagai pilihan dalam mengurus lonjakan kos susulan krisis Asia Barat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bo Lingam berkata kumpulan itu juga kekal komited dalam mengekalkan tenaga kerja sedia ada walaupun diasak tekanan serta cabaran industri pada masa ini.
“Buat masa ini, tiada sebarang langkah mengurangkan tenaga kerja dan cuti tanpa gaji secara sukarela,” katanya pada sesi taklimat media, di sini, hari ini.
Selain itu, Bo berkata AirAsia X akan terus memantau senario operasi selain memastikan kelangsungan perniagaan dan melindungi para pekerjanya.
Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas laporan media mengenai tindakan Batik Air Malaysia menawarkan cuti tanpa gaji secara sukarela kepada pekerjanya yang menjadi sebahagian daripada usaha pengurusan kos.
Menurut Batik Air, syarikat penerbangan itu akan bertindak mengurangkan sebanyak 35 peratus daripada jadual penerbangannya bagi separuh pertama April ini selain menawarkan cuti tanpa gaji secara sukarela kepada pekerja dengan permohonan dibuka sehingga 3 April bermula 6 April 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan
#Airasia X
#Langkah
#Asia Barat
#Bo Lingam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan