awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeneral Joseph Aoun dipilih Presiden Lubnan yang baharu

Agensi
Agensi
09/01/2025
13:30 MYT
Jeneral Joseph Aoun dipilih Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat - Foto AP/Bilal Hussein
Parlimen Lubnan pada Khamis memilih ketua tentera, Jeneral Joseph Aoun, sebagai ketua negara.
Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Reuters melaporkan, pelantikan tersebut menunjukkan pengaruh kumpulan Hezbollah yang disokong Iran didakwa semakin berkurangan selepas perang dahsyat dengan Israel.
Pada pusingan pertama pengundian, beliau gagal mencapai majoriti dua pertiga daripada 128 kerusi Parlimen, dengan memperoleh 71 sokongan Ahli Parlimen.
Sokongan dilihat memihak kepada Aoun selepas calon pilihan Hezbullah, Suleiman Frangieh, menarik diri daripada pencalonan dan menyatakan sokongan kepada komander tentera itu.
Aoun, 60, telah menjadi komander tentera Lubnan sejak 2017.
Seseorang calon memerlukan 86 undi untuk menang dalam pusingan pertama atau 65 undi dalam pusingan kedua.
Pemilihan itu menjadi ujian pertama terhadap keseimbangan kuasa di Lubnan.
Jawatan Presiden, yang lazimnya diperuntukkan kepada penganut Kristian Maronite dalam sistem pembahagian kuasa berasaskan mazhab di Lubnan, kosong sejak penggal Michel Aoun berakhir pada Oktober 2022.
Topic Berkaitan
#Jeneral Joseph Aoun
#Parlimen
#penganut Kristian
#keseimbangan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan