awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun akan lancar prasaringan pelancong bebas visa pada tahun kewangan 2028

Bernama
Bernama
19/05/2025
13:30 MYT
Jepun akan lancar prasaringan pelancong bebas visa pada tahun kewangan 2028
Jepun akan melancarkan saringan praketibaan untuk pelancong bebas visa pada tahun kewangan 2028, dalam usaha kerajaan untuk terus meningkatkan sektor pelancongan yang sedang berkembang pesat. - Foto hiasan/REUTERS
TOKYO: Jepun akan melancarkan saringan praketibaan untuk pelancong bebas visa pada tahun kewangan 2028, dalam usaha kerajaan untuk terus meningkatkan sektor pelancongan yang sedang berkembang pesat, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik Kementerian Kehakiman.
Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kecekapan proses ini dengan memperkenalkan sistem saringan yang dimodelkan berdasarkan Sistem Kebenaran Perjalanan Elektronik (ESTA) Amerika Syarikat (AS), menurut kementerian itu dalam kenyataan bulan lalu.
Seramai 36.87 juta pelancong asing mengunjungi Jepun pada 2024, meningkat sebanyak 47.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Oleh kerana pelancongan adalah antara tonggak utama strategi pertumbuhan Jepun, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada 60 juta menjelang 2030.
Di bawah sistem baharu ini, pelancong dari negara yang mendapat pengecualian visa untuk lawatan jangka pendek ke Jepun perlu memberikan maklumat peribadi dan maklumat perjalanan seperti nama, tujuan lawatan dan lokasi lawatan, sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum ketibaan.
Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun akan dapat memeriksa data pelancong terlebih dahulu dan jika terdapat sejarah jenayah atau rekod tinggal secara haram di Jepun, agensi itu mungkin tidak membenarkan mereka menaiki penerbangan ke Jepun, menurut kementerian itu.
Menurut Kementerian Luar, rakyat dari 71 negara dan wilayah, termasuk AS dan Korea Selatan, dikecualikan daripada mendapatkan visa untuk lawatan jangka pendek.
AS memperkenalkan sistem ESTA pada 2001 selepas serangan pengganas 11 Sept tahun itu. Beberapa negara lain termasuk Kanada turut memperkenalkan sistem serupa selepas itu.
Agensi itu sedang mempertimbangkan langkah tambahan untuk meningkatkan kecekapan operasi saringan, termasuk penggunaan teknologi digital dan pemansuhan prosedur secara fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#prasaringan pelancong bebas visa
#kewangan 2028
#Sistem Kebenaran Perjalanan Elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan