awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
Had umur 16 tahun: Perlukah kawal akses media sosial?
Kerajaan kaji semula pelaksanaan cukai karbon di tengah-tengah tekanan geopolitik - Arthur

Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
11/02/2026
07:48 MYT
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
Amirudin (foto) berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri bagi meneliti isu yang dibangkitkan serta menentukan langkah susulan yang sesuai.
Kerajaan Selangor akan merujuk dakwaan komuniti Orang Asli di Pulau Carey berhubung projek peluasan Westports 2 kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan memastikan kebajikan penduduk tidak terpinggir.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri bagi meneliti isu yang dibangkitkan serta menentukan langkah susulan yang sesuai.
“Untuk perkara ini, saya akan rujuk dalam mesyuarat MMKN sebentar lagi,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Permit dan Kit Bazar Ramadan 2026, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan komuniti Orang Asli di Pulau Carey mendakwa mereka dipinggirkan apabila tidak dimaklumkan mengenai projek Westports 2 yang dijangka memberi kesan besar kepada kehidupan penduduk di pulau berkenaan.
Mereka menegaskan ketiadaan rundingan awal menyebabkan enam kampung Orang Asli merasakan seolah-olah kewujudan mereka tidak diiktiraf oleh pihak pemaju mahupun kerajaan negeri.
Pengerusi Kampung Sungai Kurau, Pulau Carey, Lanuza A/L Layon, berkata penduduk wajar dimaklumkan lebih awal kerana projek berimpak besar itu melibatkan kawasan adat dan sumber rezeki masyarakat setempat.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#projek Westports 2
#Kerajaan Selangor
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.