awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian
KUSKOP agih RM906 juta bawah DEWI, manfaatkan 106,100 usahawan wanita
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun-Thailand kukuh hubungan

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2013
00:20 MYT
Jepun-Thailand kukuh hubungan
Jepun bersetuju memperkukuh hubungan ekonomi dan keselamatan dengan Thailand.
Persetujuan dicapai selepas lawatan Perdana Menteri Shinzo Abe ke Thailand yang merupakan lawatan pertama beliau selepas dilantik menjadi Perdana Menteri negara matahari terbit itu.
Selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra kedua-duanya bersetuju bekerjasama menyelesaikan isu bilateral dan serantau termasuk Asia Timur.
Abe turut menawarkan bantuan kepada Thailand bagi meningkatkan sistem pencegahan banjir negara itu selain teknologi keretapi kelajuan tinggi.
Jepun dan Thailand bersetuju membangunkan Zon Ekonomi Dawei yang merupakan penghubung Asia Timur dengan pasaran utama di Asia Selatan, Timur Tengah dan Eropah.
Selain Thailand, Jepun memberi tumpuan meningkatkan kerjasama dengan beberapa negara Asean selepas hubungan tegang Tokyo-Beijing.
Ketegangan semakin memuncak sejak September 2012 disebabkan tuntutan bertindih ke atas Pulau Diaoyu atau dipanggil Senkaku di Jepun.
Topic Berkaitan
#hubungan ekonomi dan keselamatan
#Jepun
#Shinzo Abe
#Thailand
#Yingluck Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan