awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2024
04:00 MYT
Jong Un bincang dialog strategik dengan pegawai keselamatan Rusia
Jong Un bertemu Shoigu di Pyonyang bagi membincangkan dialog strategik secara terperinci antara kedua negara. - Foto REUTERS
PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bertemu pegawai keselamatan utama Rusia, Sergei Shoigu di Pyonyang bagi membincangkan dialog strategik secara terperinci antara kedua negara.
Kim mengadakan pertemuan dua hala dengan Shoigu dan kemudian beliau mengucapkan selamat jalan kepada bekas Menteri Pertahanan Rusia itu di lapangan terbang pada Jumaat.
Lapor KCNA, keduanya bertukar pandangan mengenai situasi serantau dan antarabangsa termasuk kerjasama untuk mempertahankan kepentingan keselamatan bersama.
Amerika Syarikat dan Ukraine termasuk beberapa penganalisis bebas mendakwa Jong Un membantu Rusia dalam pencerobohan ke atas Ukraine.
Ini termasuk membekalkan roket dan peluru berpandu sebagai balasan untuk bantuan ekonomi dan ketenteraan lain daripada Moscow.
Sementara itu, Moscow dan Pyong menafikan tuduhan tersebut namun berjanji meningkatkan kerjasama ketenteraan dan menandatangani perkongsian strategik komprehensif pada sidang kemuncak Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Kim Jong Un
#Russia
#perbincangan dua hala
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan