awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jordan buka semula ruang udara selepas penutupan sementara akibat ketegangan serantau

Bernama
Bernama
15/06/2025
11:06 MYT
Jordan buka semula ruang udara selepas penutupan sementara akibat ketegangan serantau
Ruang udara Jordan mula ditutup pada malam Jumaat, dibuka semula pagi Sabtu, kembali ditutup pada malam sebelum dibuka semula pada Ahad. - AP
AMMAN: Jordan membuka semula ruang udaranya kepada penerbangan awam pada pagi Ahad selepas beberapa kali ditutup hujung minggu ini, menurut Suruhanjaya Kawal Selia Penerbangan Awam Jordan (CARC), lapor Xinhua.
Ketua CARC, Haitham Misto berkata penutupan itu bersifat taktikal dan untuk tempoh jangka masa pendek berdasarkan penilaian risiko berterusan terhadap perkembangan di rantau berkenaan, lapor agensi berita rasmi Petra.
Ruang udara Jordan mula ditutup pada malam Jumaat, dibuka semula pagi Sabtu, kembali ditutup pada malam sebelum dibuka semula pada Ahad.
Misto berkata CARC akan terus memantau situasi dan mengambil tindakan lanjut sekiranya perlu berikutan ketegangan ketenteraan yang berterusan antara Israel dan Iran.
Syarikat penerbangan telah dimaklumkan untuk menyambung semula operasi dan menjadualkan semula penerbangan yang dialihkan ke Amman.
CARC menegaskan bahawa keselamatan penumpang dan penerbangan awam kekal sebagai keutamaan mereka.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Jordan
#ruang udara
#ketegangan serantau
#Perkembangan
#Penilaian risiko
#Iran
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan