awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakaktua sebabkan pinggul doktor terkehel, pemilik diperintah bayar AS$91,350

Bernama
Bernama
31/01/2023
10:18 MYT
Kakaktua sebabkan pinggul doktor terkehel, pemilik diperintah bayar AS$91,350
Sendi pinggul doktor berkenaan terkehel selain patah tulang asetabulum pada pinggul kanannya selepas "diserang" burung kakaktua itu ketika berjoging.- Gambar hiasan/REUTERS
TAIPEI: Seorang lelaki di Tainan, Taiwan diperintah membayar ganti rugi NT$3.04 juta (AS$91,350) kepada doktor yang mengalami kecederaan selepas diserang burung kakaktua peliharaan lelaki itu.
Lelaki bernama Huang itu diarah membayar pampasan kepada doktor yang dikenali sebagai Lin atas kerugian kewangannya selama setengah tahun apabila beliau tidak dapat bekerja akibat kecederaan yang dialaminya, menurut Mahkamah Daerah Tainan dalam keputusan yang dikeluarkan pada 30 Dis 2022, lapor Central News Agency (CNA).
Sendi pinggul doktor berkenaan terkehel selain patah tulang asetabulum pada pinggul kanannya dalam kejadian pada petang 13 Julai 2020, selepas "diserang" burung kakaktua itu ketika berjoging di Daerah Gueiren.
Huang melepaskan burung itu tanpa mengambil sebarang langkah berjaga-jaga.
Walaupun Huang segera menghubungi ambulans untuk membawa Lin ke hospital, Lin terpaksa menjalani rawatan selama seminggu serta berehat di rumah selama lebih setengah tahun dan dijaga oleh penyedia perkhidmatan penjagaan.
Menurut laporan itu, Lin menyaman Huang untuk pampasan NT$3.68 juta atas kerugian kewangannya termasuk kehilangan gaji bulanan NT$220,000, perbelanjaan perubatan dan yuran penjagaan.
Mahkamah kemudian menurunkan jumlah itu kepada NT$3.04 juta.
Selain itu, Huang dijatuhi hukuman penjara dua bulan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa sengaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#burung kakaktua
#Taiwan
#doktor cedera
#bayar pampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan