awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamala Harris berikrar menjadi 'Presiden' untuk semua rakyat Amerika

Agensi
Agensi
30/10/2024
01:30 MYT
Kamala Harris berikrar menjadi 'Presiden' untuk semua rakyat Amerika
Harris juga berjanji sentiasa meletakkan negara di atas kepentingan parti dan diri sendiri. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Jika Donald Trump beranggapan golongan yang tidak sependapat dengannya sebagai musuh, berbeza pula dengan Kamal Harris yang memilih pendekatan sebaliknya.
“Tidak seperti Donald Trump, saya tidak menganggap orang yang tidak sependapat dengan saya sebagai musuh. Dia ingin memenjarakan mereka; saya akan membawa mereka ke meja perbincangan,” kata Harris dalam kempen mega Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) di National Mall, di sini, pada Selasa.
Bahkan, Harris turut berjanjin untuk menjalankan tugas dengan kegembiraan.
“Dan saya berjanji untuk menjadi Presiden untuk semua rakyat Amerika - dan sentiasa meletakkan negara di atas kepentingan parti dan diri sendiri.”
Calon Presiden AS wanita pertama yang berdarah kacukan India-Jamaica itu juga berjanji akan bekerja setiap hari untuk membina kesepakatan dan mencapai kompromi untuk melaksanakan sesuatu.
“Jika anda memberi saya peluang untuk berjuang bagi pihak anda, tiada apa pun di dunia ini yang akan menghalang saya,” ikrar Harris lagi.
Beliau turut menyentuh beberapa janji utama kempen pilihan raya termasuk menangani kos sara hidup yang melambung tinggi dan membantu golongan kelas pertengahan Amerika membeli rumah pertama mereka. - Agensi
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Presiden AS
#Kamala Harris
#Presiden untuk semua
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan