awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal perang AS belayar di Selat Taiwan

Bernama
Bernama
17/04/2023
10:14 MYT
Kapal perang AS belayar di Selat Taiwan
Tentera Laut AS menelusuri selat itu sekitar sebulan sekali dan kerap menjalankan misi pelayaran di Laut China Selatan. -Reuters
TAIPEI: Kapal pemusnah peluru berpandu Arleigh Burke USS Milius belayar menelusuri Selat Taiwan pada Ahad, dalam apa yang disifatkan Tentera Laut AS sebagai transit "rutin", lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
"Tentera Amerika Syarikat beroperasi di mana-mana yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.
"Kapal itu belayar melalui koridor di Selat yang tidak menceroboh mana-mana negara.
"Transit Milius melalui Selat Taiwan menunjukkan komitmen Amerika Syarikat terhadap Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka," menurut Armada Ketujuh Tentera Laut AS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Tentera Laut AS menelusuri selat itu sekitar sebulan sekali dan kerap menjalankan misi pelayaran di Laut China Selatan.
Transit Milius pada Ahad berlaku seminggu selepas China melaksanakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan dari 8-10 April, di mana berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal perang China melintasi garis tengah Selat Taiwan dan melewati barat daya zon pengenalan pertahanan udara Taiwan (ADIZ).
Latihan itu adalah satu daripada beberapa langkah yang diambil Beijing sebagai tindak balas terhadap pertemuan Presiden Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Perwakilan AS Kevin McCarthy di California pada 5 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADIZ
#Arleigh Burke USS Milius
#misi pelayaran
#Selat Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan