awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan yang tinggal di Gaza tidak selamat dan tidak boleh diduduki - UNRWA

Bernama
Bernama
25/04/2025
09:20 MYT
Kawasan yang tinggal di Gaza tidak selamat dan tidak boleh diduduki - UNRWA
Kira-kira 500,000 orang lagi telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sepanjang bulan lepas susulan arahan pemindahan berulang kali. - AP
NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat memaklumkan bahawa kira-kira 500,000 orang lagi telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sepanjang bulan lepas susulan arahan pemindahan berulang kali yang dikeluarkan oleh tentera Israel.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), UNRWA dalam kenyataan yang dikongsi di platform X berkata gelombang pemindahan terbaharu itu telah mengehadkan pergerakan penduduk Palestin kepada kurang satu pertiga daripada keluasan asal wilayah Gaza. Kawasan yang masih ada pula digambarkan sebagai "berpecah-pecah, tidak selamat dan hampir tidak boleh diduduki."
UNRWA turut menegaskan keadaan kemanusiaan yang amat buruk di pusat perlindungan yang sesak, menyifatkannya sebagai satu bencana. Agensi itu berkata para penyedia perkhidmatan kini bergelut untuk beroperasi ekoran hampir kesemua sumber sedia ada telah habis digunakan.
Agensi berkenaan turut mengesahkan bahawa serangan berterusan oleh Israel terus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza, dengan keluarga yang hilang tempat tinggal berdepan kesukaran melampau serta akses yang sangat terhad kepada perkhidmatan asas seperti makanan, air, penjagaan kesihatan dan sanitasi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNRWA
#kawasan tidak selamat
#Gaza
#pengusiran
#Palestin
#genosid
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan