awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi

Bernama
Bernama
17/05/2022
00:04 MYT
Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Orang ramai beratur panjang di Colombo, Sri Lanka untuk membeli bahan api ketika negara bergelut dalam krisis kewangan terburuk, 21 Mac 2022. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Kekurangan bahan api mungkin memaksa 80 peratus bas persendirian di Sri Lanka tidak dapat beroperasi mulai Selasa, menurut persatuan pengangkutan.
Persatuan bas mendapati sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation (CPC) telah menyambung semula pengedaran bahan api di Sri Lanka termasuk di Colombo, menurut laporan Daily Mirror memetik setiausaha sebuah Persatuan Bas Persendirian Antara Wilayah, Anjana Priyanjith.
Sementara itu, Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera menerusi ciapannya di Twitter, bekalan bahan api yang mencukupi akan tersedia tidak lama lagi susulan tiga kapal membawa bahan api dijadual tiba di Sri Lanka dalam tempoh dua minggu akan datang.
Sri Lanka sedang berdepan krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, membawa kepada kekurangan bekalan tenaga, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain.
Perdana Menteri baharu Ranil Wickremesinghe berdepan cabaran besar dalam menstabilkan ekonomi, undang-undang dan menjamin keamanan negara di tengah-tengah protes antikerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#bas persendirian
#henti operasi
#krisis kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan