awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja catat kes pertama koronavirus

Agensi
Agensi
27/01/2020
15:20 MYT
Kemboja catat kes pertama koronavirus
Kemboja catat kes pertama positif koronavirus pada Isnin. - Gambar fail
Kemboja mengesahkan kes pertama novel koronavirus di negara itu pada Isnin, lapor Reuters.
Menurut Menteri Kesihatannya, Mam Bunheng, ia membabitkan seorang warganegara China yang datang bersama keluarganya dari Wuhan, untuk bercuti di lokasi pelancongan, Sihanoukville. Bagaimanapun identiti mangsa belum didedahkan ketika ini.
Ia menjadikan Kemboja negara ke-16 mencatatkan kes positif novel koronavirus setakat ini.
Sementara itu, Mam Bunheng menguingatkan rakyat Kemboja supaya berjaga-jaga, memandangkan Kemboja mempunyai ramai golongan pekerja dan pelabur warga China.
"Mereka yang baru kembali dari Wuhan, di wilayah Hubei perlulah sentiasa menjalankan pemeriksaan kesihatan. Jika ada menunjukkan tanda-tanda seperti demam, batuk, selesema... segera dapatkan rawatan kesihatan di pusat kesihatan awam," ujarnya.
Sehingga kini, lebih 2,700 mangsa dijangkiti wabak yang berpunca dari wilayah Wuhan itu serta mengorbankan 81 mangsa di China.
Topic Berkaitan
#China
#Kemboja
#Kes Pertama
#koronavirus
#mangsa
#Phonm Penh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan