awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja musnahkan dadah haram sempena Hari Antidadah Antarabangsa

Bernama
Bernama
26/06/2022
09:11 MYT
Kemboja musnahkan dadah haram sempena Hari Antidadah Antarabangsa
Acara itu jelas menggambarkan kesediaan dan komitmen teguh kerajaan Kemboja untuk mencegah dan menyekat semua bentuk dadah terlarang. - Reuters
PHNOM PENH: Kemboja membakar lebih enam tan metrik dadah dan bahan terlarang pada Ahad sempena Hari Antidadah Antarabangsa, kata pegawai.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Sar Kheng membakar bahan terlarang yang dirampas itu pada satu majlis yang diadakan di Pulau Berlian di ibu negara Phnom Penh, lapor Xinhua.
"Acara itu jelas menggambarkan kesediaan dan komitmen teguh kerajaan Kemboja untuk mencegah dan menyekat semua bentuk dadah terlarang," katanya.
Kheng menambah bahawa pihak berkuasa akan memperhebat tindakan keras terhadap semua jenis jenayah dadah dan pengubahan wang haram.
Pendakwaraya Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Chrreng Khmao berkata, kira-kira 6.25 tan metrik dadah dan bahan terlarang meliputi heroin, kokain, methamphetamine, ekstasi, cathinone, ketamin dan nimetazepam telah dimusnahkan.
Negara Asia Tenggara itu tidak mengenakan hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, mereka yang disabitkan bersalah mengedar lebih 80 gram dadah boleh dipenjara seumur hidup.
Menurut Jabatan Polis Antidadah (ADP) negara, sepanjang tempoh Januari-Mei 2022, pihak berkuasa telah menahan 6,168 suspek termasuk 80 warga asing serta merampas 1.58 tan metrik dadah haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar dadah
#hari antidadah antarabngsa
#Kemboja
#Phnom Penh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan