awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pakistan larang Imran adakan protes di Islamabad

Bernama
Bernama
24/05/2022
20:00 MYT
Kerajaan Pakistan larang Imran adakan protes di Islamabad
Imran mengajak orang ramai berhimpun di Islamabad walaupun tindakan keras dikenakan ke atas anggota PTI. - Gambar fail/ Bernama
NEW DELHI: Kerajaan Pakistan tidak membenarkan bekas perdana menteri Imran Khan untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Islamabad pada Rabu.
Menteri Dalam Negeri, Rana Sanaullah Khan pada sidang media di Islamabad berkata Imran mahu menyebarkan "kekacauan" dan kerajaan bertekad untuk menghalang parti Tehreek-e-Insaf (PTI) daripada mengadakan protes.
"Kerajaan persekutuan sudah memutuskan untuk tidak membenarkan PTI mengadakan perarakan di Islamabad," tulisnya di Twitter.
Sementara itu Imran ketika bercakap kepada media di bandar Peshawar, berkata perarakan untuk "kebebasan sebenar" tetap diadakan seperti dirancang dan beliau sendiri akan mengetuai perarakan dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KPK).
PTI yang kehilangan kuasa menerusi undi tidak percaya pada April mendesak tarikh pilihan raya baharu diadakan segera.
Imran mengajak orang ramai berhimpun di Islamabad walaupun tindakan keras dikenakan ke atas anggota PTI.
"Ia adalah detik penentuan buat Pakistan," kata Imran sambil menyeru penyokongnya agar tidak gentar dengan "kerajaan import" Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.
"Semua rakyat mesti bersedia untuk berkorban demi kebebasan sebenar," kata Imran yang mendakwa penyingkirannya adalah sebahagian daripada plot kuasa luar untuk mengawal hal ehwal Pakistan.
Kerajaan Parti Rakyat Pakistan (PPP) di wilayah Sindh dan pentadbiran Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) di Punjab turut mengumumkan sekatan ke atas perhimpunan awam, sebagai sebahagian usaha untuk menggagalkan perarakan itu.
Biarpun PTI tewas dalam perebutan kuasa di Punjab baru-baru ini, namun parti itu masih mentadbir Khyber Pakhtunkhwa, wilayah penting untuk kempen politik Imran.
Dijangkakan sebilangan besar rakyat akan berarak bersama Imran dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa menuju ke Islamabad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Imran Khan
#protes besar-besaran
#Islamabad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan