awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jangkitan melonjak di India, ikon kriket Sachin Tendulkar positif COVID-19

Agensi
Agensi
27/03/2021
10:10 MYT
Kes jangkitan melonjak di India, ikon kriket Sachin Tendulkar positif COVID-19
Tendulkar tinggal di Mumbai, iaitu ibu kota negeri Maharashtra yang paling teruk diancam COVID-19 sejak statistik menunjukkan trend lonjakan kes. - Reuters
MUMBAI: Ikon kriket India, Sachin Tendulkar pada Sabtu mengesahkan dirinya positif COVID-19, dan kini mengalami simptom sederhana, ketika angka jangkitan di negara kedua paling padat populasi di dunia itu menunjukkan trend peningkatan.
Tendulkar, yang bakal memasuki usia 48 tahun bulan depan, telah bersara dari kejohanan profesional pada 2013 selepas puas beraksi sepanjang 24 tahun karier.
Dia kembali ke arena itu baru-baru ini sebagai kapten pasukan India Legends sempena kempen khas Siri Dunia Keselamatan Jalan Raya di Raipur, di negeri Chhattishgarh.
"Saya sentiasa membuat ujian sendiri dan mengambil segala langkah untuk menghindari jangkitan COVID-19. Namun, saya disahkan positif hari ini dengan mengalami simptom sederhana.
"Semua (ahli keluarga) di rumah didapati negatif. Saya telah mengkuarantin diri saya di rumah dan saya mematuhi semua protokol kesihatan seperti yang dinasihatkan doktor," ujar Tenculkar menerusi akaun Twitter rasminya.
India pada Sabtu merekodkan 62,258 jangkitan baharu, yang tertinggi sejak Oktober tahun lalu. Secara keseluruhan, 11.91 juta orang sudah dijangkiti, dan angka kematian bertambah lagi 291 menjadi 161,240 kes kematian keseluruhannya.
Tendulkar tinggal di Mumbai, iaitu ibu kota negeri Maharashtra yang paling teruk diancam COVID-19 sejak statistik menunjukkan trend lonjakan semula kes.
Maharashtra mencatatkan kenaikan terus-menerus angka kes positif dan mencatatkan sejumlah 36,902 kes baharu pada Jumaat, sementara di Mumbai sahaja mencatatkan 5,515 kes.
Topic Berkaitan
#Sachin Tendulkar
#Kriket
#India
#pandemik
#COVID-19
#Maharashtra
#Mumbai
#kes melonjak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan