awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan siber Arab Saudi diiktiraf sebagai kedua terbaik di dunia

Bernama
Bernama
21/06/2023
07:50 MYT
Keselamatan siber Arab Saudi diiktiraf sebagai kedua terbaik di dunia
Arab Saudi telah mengukuhkan kedudukannya berdasarkan beberapa inisiatif dalam membina ekosistem keselamatan siber yang kukuh dan mampan. - Fail/REUTERS
RIYADH: Keselamatan siber Arab Saudi diiktiraf sebagai kedua terbaik di dunia dalam Indeks Keselamatan Siber dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2023 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IIMD) yang berpangkalan di Switzerland.
Negara itu juga menduduki tempat ke-17 keseluruhan pada 2023 - melonjak tujuh anak tangga dari 2022 - dalam ranking daya saing keseluruhan, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Pengiktirafan terkini oleh IIMD adalah bukti usaha gigih entiti seperti Pihak Berkuasa Keselamatan Siber Kebangsaan (NCA) iaitu antara pihak berkuasa keselamatan utama Arab Saudi.
Arab Saudi telah mengukuhkan kedudukannya berdasarkan beberapa inisiatif dalam membina ekosistem keselamatan siber yang kukuh dan mampan.
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) juga menetapkan Arab Saudi sebagai peneraju global dalam keselamatan siber.
NCA ialah pihak berkuasa nasional utama yang menangani perkara-perkara berkaitan kebimbangan siber di negara itu. Ia berfungsi mengukuhkan keselamatan siber Arab Saudi, membolehkannya melindungi keselamatan negara dan kepentingan negara.
Menurut SPA, NCA juga menetapkan piawaian yang diperlukan bagi pemberian lesen import, eksport, dan penggunaan perkakasan dan perisian membabitkan keselamatan siber.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#Arab Saudi
#Buku Tahunan Daya Saing Dunia
#Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan