awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan jemaah haji dalam keadaan baik, kata Kementerian Kesihatan Arab Saudi

Bernama
Bernama
30/07/2020
23:08 MYT
Kesihatan jemaah haji dalam keadaan baik, kata Kementerian Kesihatan Arab Saudi
Dr Al-Abdulaali merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota atas keprihatinan yang diberikan terhadap jemaah. --fotoBERNAMA
Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata status kesihatan jemaah haji dalam keadaan baik dan setakat ini tiada kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan jemaah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Pembantu Menteri Kesihatan dan jurucakap kementerian, Dr Mohammed Al-Abdulaali, berkata demikian pada taklimat media harian untuk musim haji tahun ini di Makkah.
Dr Al-Abdulaali merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota atas keprihatinan yang diberikan terhadap jemaah.
Beliau berkata tahun ini, kementerian telah bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan kesihatan sebaik mungkin dengan menyediakan beberapa kemudahan di kawasan suci itu.
Antara kemudahan itu termasuk enam hospital, 51 klinik, 200 ambulans, 62 pasukan petugas di lapangan serta hospital lapangan, klinik bergerak dan tiga klinik di kediaman jemaah.
Kementerian juga melantik seorang ketua kesihatan bagi setiap kumpulan jemaah.
Dr Al-Abdulaali juga menyeru jemaah dan petugas mematuhi semua langkah pencegahan, termasuk penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Haji
#Hospital
#jemaah
#Kementerian Kesihatan
#kemudahan
#keprihatinan
#kesihatan
#ketua kesihatan
#koronavirus
#Mohammed Al-Abdulaali
#pelitup muka
#penjarakan sosial
#raja arab saudi
#Raja Salman
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan