awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan AS-Iran: Thailand rancang tambah bekalan minyak mentah

Bernama
Bernama
07/01/2020
23:35 MYT
Ketegangan AS-Iran: Thailand rancang tambah bekalan minyak mentah
Thailand memantau rapat ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Iran.
Thailand merancang untuk meningkatkan bekalan minyak mentah dalam negara jika ketegangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran memuncak.
Menteri Tenaga, Sontirat Sontijirawong berkata kerajaan merancang untuk meningkatkan bekalan minyak mentah negara sebanyak 13 peratus daripada 130 kilo tong kepada 160 kilo tong sehari.
Rizab minyak mentah Thailand kekal pada 50 hari, berdasarkan kepada penggunaan minyak sebanyak 2,988 bilion liter, manakala gas masak atau gas petroleum cecair (LPG) berjumlah 101,000 tan, bersamaan dengan penggunaan selama 17 hari.
"Kami memantau rapat ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Iran.
"Rizab minyak mentah negara adalah terkawal," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-Cha di Rumah Kerajaan pada Selasa.
Beliau menambah orang ramai tidak perlu panik tentang kenaikan harga bahan api.
"Langkah akan diambil bagi mengurangkan kesan. Dana Minyak Negara yang mempunyai kira-kira 40 bilion baht sudah bersedia untuk melaksanakan langkah segera termasuk bagi mengelakkan kenaikan harga bahan api di pasaran tempatan," katanya.
Ketegangan yang semakin memuncak ini telah menyebabkan peningkatan harga minyak, pada Isnin ia naik sebanyak dua peratus, mencecah lebih daripada US$70 setong, kali pertama dalam tempoh lebih daripada enam bulan.
Menurut beliau, Jawatankuasa Dana Minyak Negeri akan bermesyuarat pada 10 Jan ini bagi menilai keadaan.
Pembunuhan jeneral Iran, Qassem Soleimani melalui serangan dron AS di luar Lapangan Terbang Baghdad pada Jumaat lepas telah mencetuskan kemarahan dan ancaman dendam dari Tehran, meningkatkan kebimbangan jika keadaan di rantau terbabit menjadi tidak terkawal.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Jeneral Pol, Chakthip Chaijinda telah mengarahkan semua jabatan polis untuk mengetatkan kesiapsiagaan di kedutaan AS, Iran dan Israel termasuk pejabat konsulat serta kediaman kakitangan kedutaan negara berkenaan di Thailand.
Beliau juga mengarahkan pegawai polis untuk mengawal gereja dan masjid di negara ini.
Sebelum itu, komander terkanan polis Thailand yang dipimpin oleh Lt Jen Pol, Piya Uthayo melawat Kedutaan AS, Kedutaan Israel dan Iran di Bangkok untuk membincangkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya yang perlu diambil ke atas kakitangan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Bangkok
#harga minyak
#Iran
#minyak
#serangan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan