awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB gesa perdamaian di Baitulmaqdis selepas pertempuran Palestin-Israel

Bernama
Bernama
16/04/2022
09:43 MYT
Ketua PBB gesa perdamaian di Baitulmaqdis selepas pertempuran Palestin-Israel
Guterres mengulangi gesaannya agar status quo di tapak suci di Baitulmaqdis ditegakkan dan dihormati. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat menyuarakan kebimbangan mengenai situasi keselamatan yang semakin merosot di Baitulmaqdis dan menggesa pihak berkaitan meredakan ketegangan, kata jurucakapnya.
Pertempuran meletus antara tentera Israel dan rakyat Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Jumaat, mengakibatkan lebih 100 orang cedera, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Setiausaha agung menyeru para pemimpin dua pihak membantu menenangkan keadaan.
"Provokasi di tapak suci itu, mesti dihentikan bagi mengelakkan ketegangan lebih parah," kata jurucakap Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Guterres mengulangi gesaannya agar status quo di tapak suci di Baitulmaqdis ditegakkan dan dihormati.
Penyelaras Khas PBB untuk Proses Keamanan Timur Tengah Tor Wennesland kini sedang berhubung rapat dengan pihak berkepentingan bagi menenangkan keadaan.
Guterres mengulangi komitmennya menyokong rakyat Palestin dan Israel menyelesaikan konflik berdasarkan resolusi PBB berkaitan, undang-undang antarabangsa dan perjanjian dua hala, menurut kenyataan itu.
Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak tiga minggu lalu ketika perayaan Easter serentak dengan Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Antonio Guterres
#Baitulmaqdis
#Masjid Al-Aqsa
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan