awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Polis Jepun akui gagal lindungi Shinzo Abe

Bernama
Bernama
13/07/2022
08:30 MYT
Ketua Polis Jepun akui gagal lindungi Shinzo Abe
Suspek, Tetsuya Yamagami, 41, menghampiri ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki). - AP
TOKYO: Ketua Jabatan Polis Jepun, Itaru Nakamura, pada Rabu mengakui kegagalan pihaknya dalam menjalankan tugas melindungi bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, lapor Sputnik.
"Kami kesal bahawa bekas Perdana Menteri telah ditembak mati. Anggota polis gagal melaksanakan tugas mereka untuk menjamin keselamatan. Sebagai seorang anggota polis, saya kesal.
"Puncanya bukan sahaja membabitkan kegagalan pihak polis bertindak secara spontan sewaktu kejadian; tetapi tanggungjawab besar saya sebagai ketua jabatan, yang sepatutnya menguruskan tugasan semua anggota polis di wilayah itu," kata Nakamura.
Pada masa yang sama, Nakamura menyatakan hasratnya untuk terus memegang jawatan itu, untuk memastikan perkara sama "tidak berulang lagi."
Abe maut akibat ditembak pada pagi Jumaat di bandar Nara, Jepun ketika sedang berkempen untuk pilihan raya.
Suspek, Tetsuya Yamagami, 41, menghampiri ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki).
Kematian Shinzo Abe | Suspek mengaku tembak, percaya khabar angin
Polis memaklumkan ketika kejadian, Abe masih sedarkan diri, tetapi keadaannya menjadi semakin kritikal ketika dalam perjalanan ke hospital.
Hospital Universiti Perubatan Nara kemudiannya mengesahkan Abe meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#ditembak
#ketua polis Jepun
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan