awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Afghanistan: G7 bimbang AS kekal pendirian tarik diri pada 31 Ogos

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2021
01:28 MYT
Konflik Afghanistan: G7 bimbang AS kekal pendirian tarik diri pada 31 Ogos
Charles Michel (kanan) dan Ursula von der Leyen mengadakan sidang media selepas mesyuarat secara maya dengan negara anggota G7 berhubung krisis Afghanistan di bangunan Majlis Eropah, Brussels, 24 Ogos, 2021. (Foto AP)
BARISAN pemimpin kumpulan G7 mengulangi kebimbangan terhadap tarikh akhir pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan, seperti diumumkan Presidennya, Joe Biden.
Majlis Eropah berpendapat, tarikh akhir 31 Ogos adalah tidak rasional memandangkan proses evakuasi masih berjalan.
Kenyataan ini dikeluarkan bersama Presiden Majlis Eropah Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen semasa persidangan maya G7, pada Selasa.
"Saya ingin ulangi bahawa, beberapa pemimpin termasuk Ursula dan saya sendiri, telah menyuarakan kebimbangan berhubung penetapan masa pengunduran 31 Ogos itu dan apa akan terjadi selepas tarikh tersebut.
"Itu perkara pertama dikemukakan. Dan kami telah mendengar jawapan yang diberikan kepada kami dan saya menjangkakan Presiden Biden akan menjawab soalan media mengenai perkara itu," kata Michel.
BACA: Konflik Afghanistan: G7 setuju 'peta jalan' berinteraksi dengan Taliban
Biden dilaporkan akan mengekalkan tarikh akhir pengunduran tenteranya dari Afghanistan.
Ini susulan kebimbangan peningkatan ancaman terhadap keselamatan, dengan proses pemindahan yang bermula sejak 10 hari lalu.
Jelas Michel, Kesatuan Eropah (EU) bimbang dengan perjalanan warganya dan rakyat Afghanistan yang bekerjasama dengan mereka ke Lapangan Terbang Kabul.
Tambah beliau, dalam perbincangan bersama Amerika, EU membangkitkan keperluan untuk tentera asing kekal mengawal lapangan terbang selama yang diperlukan.
Ini bagi menyelesaikan operasi dan akses yang adil dan saksama ke lapangan terbang untuk semua warganegara yang berhak untuk evakuasi.
Sementara itu, von der Leyen turut mengumumkan bahawa EU akan menggandakan anggaran bantuan kemanusiaan untuk Afghanistan menjadi 200 juta Euro untuk tahun 2021.
Namun beliau memberi amaran, bantuan pembangunan EU untuk Afghanistan yang dianggarkan 1 bilion Euro untuk tujuh tahun berikutnya, kini dibekukan.
Topic Berkaitan
#G7
#pengunduran tentera Amerika Syarikat
#konflik Afghanistan
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan