awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu mabuk: Operasi dilipat ganda di seluruh negara - Pengarah JSPT
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres AS lulus usul 'buka semula' pentadbiran AS

Agensi
Agensi
23/01/2018
07:11 MYT
Kongres AS lulus usul 'buka semula' pentadbiran AS
Tindakan menutup pentadbiran Amerika Syarikat itu disifatkan Speaker Dewan, Paul Ryan sebagai sesuatu yang bukan sahaja tidak masuk akal malah membazir. - Gambar REUTERS
Selepas tiga hari 'lumpuh' pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang ditutup sebelum ini, akhirnya dibuka semula.
Perkara itu dipersetujui ahli Kongres di Dewan Perwakilan hari ini.
Dewan mengundi 266-150 bagi meluluskan rang undang-undang itu, melepasi Majlis Senat yang menyokong, 81-18.
Ia turut termeterai selepas Presiden AS, Donald Trump menandatangani rang undang-undang bagi mengekalkan dana operasi persekutuan sehingga 8 Februari depan.
Dengan langkah itu, sekaligus bakal menyaksikan ratusan ribu pekerja awam kembali bertugas pada Selasa.
Tindakan menutup pentadbiran Amerika Syarikat itu disifatkan Speaker Dewan, Paul Ryan sebagai sesuatu yang bukan sahaja tidak masuk akal malah membazir.
"Saya pasti ramai yang lega bahawa episod ini akan berakhir. Penutupan pentadbiran ini tidak sepatutnya berlaku. Walau bagaimanapun, ia telah menimbulkan kos yang tidak perlu terhadap negara ini."
"Saya lihat tiada pemenang di sini hari ini. Yang pasti ini bukan saat untuk kita berbangga, langsung tidak," katanya dalam Dewan Perwakilan hari ini.
BACA: Penutupan pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat bakal berakhir
BACA: Pentadbiran Amerika Syarikat ditutup selepas Senat gagal capai kata sepakat
Pada Ahad, pentadbiran Amerika Syarikat mula ditutup selepas Majlis Senat gagal mencapai kata sepakat mengenai bajet terbaharu negara itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#kongres AS
#Majlis Senat
#Paul Ryan
#pentadbiran Amerika Syarikat
#Rang Undang-Undang
#speaker Dewan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan