awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, China setuju tambah bilangan penerbangan

Bernama
Bernama
03/03/2023
05:45 MYT
Korea Selatan, China setuju tambah bilangan penerbangan
Pengembara yang tiba di Lapangan Antarabangsa Beijing. -REUTERS
SEOUL: Pihak berkuasa penerbangan Korea Selatan dan China sepakat untuk menambah bilangan penerbangan secara berperingkat sehingga mencapai tahap seperti sebelum pandemik.
Seoul dan Beijing mempunyai hak untuk menyediakan 608 penerbangan seminggu untuk laluan ke negara masing-masing dan pernah menawarkan gabungan 1,100 penerbangan mingguan sebelum COVID-19 melanda, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan.
Korea Selatan pernah menawarkan 450 hingga 470 penerbangan seminggu untuk laluan ke China sebelum COVID-19 melanda.
Penerbangan ke China menyumbang satu perempat daripada jumlah penerbangan antarabangsa.
Di peringkat awal penambahan bilangan penerbangan itu dijangka melibatkan laluan ke Beijing, Shanghai, Qingdao dan Yanji yang akan bermula pada bulan ini, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Korea Selatan
#penerbangan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan