awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan masukkan semula Jepun dalam 'senarai putih' rakan dagang

Bernama
Bernama
24/04/2023
09:11 MYT
Korea Selatan masukkan semula Jepun dalam 'senarai putih' rakan dagang
Pada 2019, Korea Selatan mengeluarkan Jepun daripada senarai itu. - Gambar fail/Reuters
SEOUL: Selepas tiga tahun, Korea Selatan pada Isnin memasukkan semula Jepun ke dalam "senarai putih" rakan dagangan yang dipercayai sebagai langkah untuk memperbaiki hubungan ekonomi dan diplomatik dua hala, lapor Yonhap.
Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga mengeluarkan semakan kepada notis awamnya mengenai eksport dan import barangan strategik, membolehkan syarikat yang mengeksport barangan strategik ke Jepun menikmati tempoh semakan lebih singkat dan kertas kerja yang lebih mudah.
Langkah itu menjadikan jumlah negara yang diberi keutamaan dalam perdagangan bertambah kepada 29 termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
Pada 2019, Korea Selatan mengeluarkan Jepun daripada senarai itu, sebagai tindak balas terhadap keputusan Mahkamah Agung Korea Selatan pada tahun sebelumnya yang mengarahkan dua syarikat Jepun membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa semasa pemerintahan kolonial Jepun 1910- 45.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Jepun
#rakan dagang
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan