awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Korea Utara ketatkan pemeriksaan terhadap pelawat asing

Bernama
Bernama
03/02/2020
03:05 MYT
Koronavirus: Korea Utara ketatkan pemeriksaan terhadap pelawat asing
Kakitangan Suruhanjaya Pengurusan Kualiti Negara menyembur cecair pembasmi kuman di sekitar Lapangan Terbang Pyongyang di Pyongyang, Korea Utara, 1 Feb, 2020. (Foto AP)
Korea Utara mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat asing sebagai sebahagian usaha mencegah novel koronavirus, lapor agensi berita Yonhap memetik media negara itu pada Isnin.
Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), semua pelawat yang datang selepas 13 Jan perlu melalui pemeriksaan ketat dan saringan kesihatan yang menyeluruh.
Kementerian Kesihatan Korea Utara "mengambil langkah yang perlu tepat pada masanya untuk menyekat penularan wabak penyakit itu," tambah KCNA.
Pihak berkuasa kesihatan Pyongyang turut menyeru penduduk meningkatkan tahap kebersihan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan lain.
Baru-baru ini, Korea Utara menutup semua laluan udara dan kereta api merentasi sempadannya dengan China dan semua orang asing yang tiba di negara itu melalui China perlu dikuarantin selama sebulan.
Di samping itu, pada minggu lalu Korea Utara melancarkan sistem kecemasan negara. Setakat ini, tiada kes koronavirus dikesan di Korea Utara.
Di China, virus itu telah meragut lebih 300 nyawa dan menjangkiti kira-kira 15,000 orang.
Korea Utara mempunyai infrastruktur perubatan agak terhad. Disebabkan itu menurut pakar, Pyongyang mengambil langkah-langkah persediaan yang perlu, kerana jika virus berkenaan tersebar di Korea Utara ia mungkin sukar untuk dikawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#koronavirus
#kuarantin
#pemeriksaan kesihatan
#Seoul
#tutup laluan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan