awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel

Bernama
Bernama
23/07/2025
08:49 MYT
Lebih 3,600 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel
B'Tselem menyifatkan penggunaan penahanan pentadbiran Israel sebagai pelanggaran nyata terhadap batasan undang-undang antarabangsa. - Reuters
RAMALLAH: Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin bersama Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memaklumkan bahawa jumlah tahanan pentadbiran, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin di penjara Israel melebihi 3,600 orang setakat awal Julai, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, kedua-dua pertubuhan itu memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel mengeluarkan arahan penahanan pentadbiran terhadap 25 lagi tahanan Palestin.
Tempoh penahanan berbeza-beza antara tiga hingga enam bulan.
Dasar penahanan pentadbiran Israel membolehkan penahanan rakyat Palestin tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan, dalam tempoh yang boleh diperbaharui berdasarkan bukti rahsia yang tidak didedahkan bahkan kepada peguam tahanan.
Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B'Tselem menyifatkan penggunaan penahanan pentadbiran oleh Israel sebagai pelanggaran nyata terhadap batasan undang-undang antarabangsa.
"Israel melaksanakan dasar ini secara rahsia, sekali gus menafikan hak tahanan untuk membela diri dengan sewajarnya," kata B'Tselem.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#rakyat Palestin
#tahanan penjara
#Israel
#genosid
#Gaza
#pelanggaran undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami