awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bersenjata ceroboh penjara, tembak mati lima banduan

Agensi
Agensi
03/08/2019
09:36 MYT
Lelaki bersenjata ceroboh penjara, tembak mati lima banduan
Seorang pengawal yang berada di tempat kejadian ketika serangan itu berlaku, berjaya melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan - Gambar PEXELS
Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah balai polis dan menembak mati lima orang tahanan di tengah Mexico, kata pihak berkuasa.
Jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negeri, Juan Jose Martinez berkata, kumpulan itu tiba dengan beberapa buah kenderaan dan melepaskan tembakan ke atas lima lelaki yang tidak dikenali di dalam sel mereka di balai polis negeri Guanjuanto semalam.
Martinez bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa mangsa ditahan oleh pihak berkuasa.
Seorang pengawal yang berada di tempat kejadian ketika serangan itu berlaku, berjaya melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Guanajuato adalah salah satu pusat perindustrian terbesar di Mexico dan merupakan pangkalan bagi syarikat kereta dan penerbangan global.
Ia menjadi sasaran organisasi jenayah yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah, peras ugut, culik dan mencuri bahan api.
Topic Berkaitan
#culik
#Dadah
#jenayah
#keselamatan
#mangsa
#Mexico
#polis
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan