awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Gunung Agung di Bali: Aktiviti pelancongan masih normal

Bernama
Bernama
23/11/2017
04:08 MYT
Letusan Gunung Agung di Bali: Aktiviti pelancongan masih normal
Gunung Agung dilaporkan meletus dan mengeluarkan asap kelabu setinggi 600 meter pada Selasa (21 Nov)
Aktiviti pelancongan di Pulau Bali dilapor berjalan seperti biasa sekalipun berlaku letusan gunung berapi, Gunung Agung pada Selasa.
Menurut Kepala Dinas Pariwisata Provinsi Bali Anak Agung Gede Yuniartha Putra, kedatangan pelancong ke pulau peranginan terkemuka itu tidak terjejas dan aktiviti pelancongan di tempat-tempat menarik di pulau itu juga berlangsung seperti biasa.
"Kedatangan wisatawan (pelancong) ke Bali masih normal. Jumlah wisatawan yang datang ke Bali rata-rata 15 ribu orang per hari," katanya dipetik laporan media dalam talian di sini.
Kementerian Perhubungan Indonesia dilapor turut menyatakan semua penerbangan luar dari, dan ke Bali ketika ini masih dijadualkan seperti biasa.
Gunung Agung dilaporkan meletus dan mengeluarkan asap kelabu setinggi 600 meter pada Selasa (21 Nov) dan Badan Nasional Penanggulangan Bencana mengeluarkan amaran supaya orang ramai di sekitar Gunung Agung, pendaki, pengunjung dan pelancong tidak berada atau melakukan aktiviti di Zon Perkiraan Bahaya.
Zon Perkiraan Bahaya adalah meliputi kawasan lingkungan 6 kilometer dari kawah puncak Gunung Agung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anak Agung Gede Yuniartha Putra
#Badan Nasional Penanggulangan Bencana
#Bali
#Dinas Pariwisata Provinsi Bali
#Gunung Agung
#Indonesia
#pelancongan
#Zon Perkiraan Bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan