awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Kelud: Operasi membersih dijalankan selepas hampir seminggu

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2014
23:30 MYT
Letusan Kelud: Operasi membersih dijalankan selepas hampir seminggu
Penduduk di Kediri, Jawa Timur kembali ke rumah masing-masing untuk mula membersihkan sisa debu hamburan gunung berapi Kelud. -- AFP PHOTO / JUNI KRISWANTO
Operasi membersihkan kawasan yang terjejas kini giat dijalankan setelah hampir seminggu gunung berapi Kelud menghamburkan debu tebal.
Pekan Kediri yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berkenaan turut menyaksikan sebahagian peniaga kembali menyambung operasi manakala pelajar dan kakitangan sekolah pula bergotong royong membersihkan bangunan dan kawasan sekolah daripada debu.
Gunung berapi dengan ketinggian 1,731 meter itu meletus pada Khamis lalu mengakibatkan debu berterbangan sehingga sejauh 600 kilometer.
Empat orang terbunuh termasuk warga emas berusia 97 tahun selepas ditimpa bumbung yang gagal menampung berat debu terkumpul.
Lebih 10,000 penduduk pula terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara.
Kali terakhir Kelud meletus ialah pada 1990 yang meragut 30 nyawa selain mencederakan ratusan lain.
Letusan terburuk Kelud pula direkodkan pada 1919, menyaksikan 5,160 dilaporkan terbunuh.
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Gunung berapi Kelud
#Indonesia
#Kelud
#letusan gunung berapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan