awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

London memperingati ulang tahun ketiga tragedi kebakaran Grenfell Tower

Agensi
Agensi
14/06/2020
20:58 MYT
London memperingati ulang tahun ketiga tragedi kebakaran Grenfell Tower
Menara 24 tingkat Grenfell Tower terbakar pada 14 Jun 2017, mengorbankan 72 nyawa penduduknya. - Gambar fail
SEBUAH perkhidmatan gereja di London pada Ahad memperingati ulang tahun ketiga insiden kebakaran bangunan kediaman Grenfell Tower yang mengorbankan 72 nyawa.
Ia merupakan kes terbesar kehilangan nyawa dalam kebakaran di Britain sejak Perang Dunia Kedua, sekali gus meninggalkan trauma kepada penduduk yang lain.
Perdana Menteri Boris Johnson dan barisan pemimpin Buruh turut memperingati ulang tahun ketiga tragedi itu menerusi rakaman video.
Menara 24 tingkat itu terbakar pada 14 Jun 2017 dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira 60 jam untuk memadamkan kebakaran.
Menurut laporan, blok pangsapuri itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan penghuni, dengan turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan.
Topic Berkaitan
#Grenfell
#Grenfell Tower
#kebakaran
#London
#Perang Dunia Kedua
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan