awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Soraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Thailand haramkan parti pembangkang

Agensi
Agensi
07/03/2019
10:53 MYT
Mahkamah Thailand haramkan parti pembangkang
Parti Thai Raksa Chart merupakan sebahagian daripada parti yang masih setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. - Foto Reuters
MAHKAMAH Perlembagaan Thailand mengharamkan parti pembangkang Thai Raksa Chart selepas mencalonkan kakak kepada raja sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya bulan depan.
Pengharaman Thai Raksa Chart hampir memusnahkan peluang parti pembangkang untuk menang pilihanraya dalam usaha menewaskan parti sekutu junta yang memimpin Thailand sejak 2014.
Parti itu merupakan sebahagian daripada parti yang masih setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan sekali gus membawa kepada kepimpinan junta tentera diketuai Prayut Chan-o-cha.
Suruhanjaya Pilihan Raya memohon pengharaman parti itu kerana mencalonkan Puteri Ubolratana bagi jawatan nombor satu negara itu di mana ia bertentangan dengan perlembagaan Thailand.
Puteri Ubolratana melepaskan jawatan dirajanya pada 1972 selepas berkahwin dengan warga Amerika Syarikat, namun beliau masih dilayan seperti keluarga diraja.
Raja Maha Vajiralongkorn menolak keras pencalonan Ubolratana dan menyifatkan ia tidak sesuai dan bertentangan dengan perlembagaan.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Junta tentera Thailand
#Mahkamah Thailand haramkan parti pembangkang
#Pilihanraya Thailand
#Prayut Chan-O-Cha
#Puteri Ubolratana
#Thai Election
#Thailand
#Thaksin Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan