awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembelajaran sepanjang hayat tonggak masyarakat bermentaliti kelas pertama – Halimah Yacob
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahmoud Abbas arah buat pelan tindakan laksana hasil persidangan penyelesaian dua negara - Menteri Luar

Bernama
Bernama
02/08/2025
20:30 MYT
Mahmoud Abbas arah buat pelan tindakan laksana hasil persidangan penyelesaian dua negara - Menteri Luar
Aghabekian berkata, sebanyak 149 negara kini mengiktiraf Negara Palestin, dan lebih banyak pengiktirafan dijangka diperoleh menerusi usaha diplomatik yang sedang giat dijalankan. - Gambar fail/REUTERS
RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah mengarahkan supaya satu pelan tindakan segera dibuat bagi melaksanakan hasil Persidangan Antarabangsa Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Dua Negara yang berlangsung di New York, baru-baru ini, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Menteri Luar Palestin Varsen Aghabekian menyatakan mengenai arahan itu ketika satu temu bual dengan Radio Palestin, sambil memaklumkan bahawa kementeriannya akan mengetuai penyediaan strategi komprehensif untuk menterjemahkan syor persidangan berkenaan kepada tindakan.
Beliau menegaskan kepentingan persidangan itu, dengan menyatakan bahawa pemasaan dan kandungannya mencerminkan kesepakatan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap keperluan mendesak merealisasikan penyelesaian dua negara.
"Persidangan itu mempunyai makna politik yang besar dan mengesahkan semula momentum ke arah penubuhan negara Palestin," katanya.
Aghabekian turut memaklumkan bahawa sebanyak 149 negara kini mengiktiraf Negara Palestin, dan lebih banyak pengiktirafan dijangka diperoleh menerusi usaha diplomatik yang sedang giat dijalankan.
Beliau juga mengalu-alukan keputusan Slovenia yang menghentikan perdagangan senjata dengan Israel, menyifatkannya sebagai "langkah berani dan progresif" yang memberi mesej jelas terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Menteri itu turut menggesa negara-negara Eropah lain mengambil langkah serupa sebagai sokongan terhadap hak rakyat Palestin dan usaha menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahmoud Abbas
#Palestin
#Pelan Tindakan
#Menteri Luar Palestin Varsen Aghabekian
#persidangan penyelesaian dua negara di New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan