awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mali, Burkina Faso isytihar Pengerusi Kesatuan Afrika sebagai 'persona non grata'

Bernama
Bernama
07/08/2023
07:10 MYT
Mali, Burkina Faso isytihar Pengerusi Kesatuan Afrika sebagai 'persona non grata'
Azali Assoumani, enggan muncul dalam foto bersama pemimpin Burkina Faso dan Mali, yang kedua-duanya kerajaan dipimpin oleh tentera, semasa sidang kemuncak di Saint Petersburg pada 27 Julai. - Gambar/ Reuters
DAKAR: Mali dan Burkina Faso pada Ahad mengisytiharkan ketua Kesatuan Afrika (AU) sebagai persona non grata susulan kontroversi berkaitan gambar keluarga yang diambil semasa Sidang Kemuncak Rusia-Afrika bulan lepas.
Presiden Comoros dan Pengerusi semasa AU, Azali Assoumani, enggan muncul dalam foto bersama pemimpin Burkina Faso dan Mali, yang kedua-duanya kerajaan dipimpin oleh tentera, semasa sidang kemuncak di Saint Petersburg pada 27 Julai.
Assoumani dijangka melawat Mali dan Burkina Faso pada 14 Ogos sebagai ketua AU, tetapi lawatan itu dibatalkan selepas kejadian berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
Semasa sidang kemuncak itu, beberapa pemimpin Afrika memboikot gambar keluarga itu sebagai protes agar tidak bergambar dengan pemimpin kerajaan rampasan kuasa.
Selain Assoumani, pemimpin lain berkecuali daripada dirakam gambar mereka termasuk Presiden Senegal Macky Sall, Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo, Pengerusi Suruhanjaya AU Moussa Faki Mahamat dan Presiden Republik Congo Denis Sassou Nguesso.
Telah didedahkan bahawa pemimpin-pemimpin berkenaan tidak mahu bergambar bersama Presiden Mali Assimi Goita dan Presiden Burkina Faso Ibrahim Traore, kedua-duanya berkuasa melalui rampasan kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mali
#Burkina Faso
#pesona non grata
#Azali Assoumani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan