awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa semakin suntuk untuk hidupkan semula perjanjian nuklear

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2021
22:12 MYT
Masa semakin suntuk untuk hidupkan semula perjanjian nuklear
Menteri Luar negara G7 tiba di Muzium Liverpool untuk sesi mengambil foto. - Foto AP
LIVERPOOL: Jerman beri amaran masa semakin suntuk untuk cari jalan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015.
Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock membuat kenyataan itu selepas rundingan dengan rakan sejawatannya dalam mesyuarat G7.
Beliau berpendangan tiada sebarang perkembangan dicatat sejak rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 bersambung di Vienna.
Kedua-dua pihak kini mencari prospek kejayaan selepas tawaran dibuat dalam beberapa siri rundingan sebelum ini.
Baerbock memaklumkan Iran menyambung semula rundingan, namun kekal dengan pendirian mereka enam bulan lalu.
Rundingan sebelum ini tertangguh lima bulan susulan Pilihan Raya Presiden Iran.
Sebelum ini Setiausaha Luar Amerika Syarikat Anthony Blinken memaklumkan mesyuarat dengan rakan sejawatan dari Britain, Jerman dan Perancis bagi membincangkan isu sama, sebagai sangat produktif.
Blok barat bimbang Iran membangunkan senjata nuklear, dakwaan yang dinafikan republik itu.
Topic Berkaitan
#Iran
#perjanjian nuklear
#blok G7
#Annalena Baerbock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan