awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat kanak-kanak perempuan enam tahun terperangkap di Gaza ditemui

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2024
03:15 MYT
Mayat kanak-kanak perempuan enam tahun terperangkap di Gaza ditemui
Hind dilaporkan memohon penyelamat untuk menghantar bantuan selepas terperangkap akibat tembakan tentera Israel. - Foto REUTERS
GAZA: Mayat kanak-kanak perempuan, Hind Rajab berusia enam tahun ditemui saudara maranya selepas terperangkap akibat serangan tentera Israel di Gaza.
Hind dilaporkan memohon penyelamat untuk menghantar bantuan selepas terperangkap akibat tembakan tentera Israel.
Mayat ditemui bersama dengan lima mayat ahli keluarganya manakala dua pekerja ambulans telah dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
Rakaman oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) menunjukkan salah satu kenderaan dinaiki pasukan kecemasan serta kereta hitam di mana mayat Hind Rajab berusia 6 tahun ditemui.
Namun begitu, Reuters tidak dapat mengesahkan lokasi video berkenaan.
Mayat kanak-kanak perempuan ditemui dalam runtuhan
PRCS menuduh Israel sengaja menyasarkan ambulans yang dihantar untuk menyelamatkan Hind selepas dia menghabiskan masa berjam lamanya melalui telefon meminta bantuan dengan bunyi tembakan di sekeliling.
Rakaman audio Bulan Sabit Merah awal bulan ini merakam panggilan pertama dibuat sepupu Hind, Layan Hamadeh, memaklumkan sebuah kereta kebal Israel menghampiri sebelum tembakan berlaku.
Dipercayai sebagai satu-satunya mangsa yang selamat, Hind berada di talian selama tiga jam dengan penyelamat, yang cuba menenangkannya semasa mereka bersedia untuk menghantar ambulans.

Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#tembakan
#Palestin
#Gaza
#terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan