awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat tergempar PBB susulan ujian nuklear Korea Utara

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2013
11:04 MYT
Mesyuarat tergempar PBB susulan ujian nuklear Korea Utara
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar susulan ujian nuklear oleh Korea Utara.
Diplomat Majlis Keselamatan berkata, sebelum ini Amerika Syarikat, korea selatan dan ahli negara Eropah menggesa majlis melaksanakan resolusi bagi mengenakan sekatan baru ke atas Pyongyang.
Menurut PBB, ujuan nuklear ketiga Pyangyang itu melanggar resolusi awal majlis keselamtan.
Sementara itu, mesyuarat tergempar turut diadakan di seoul sebagai reaksi kepada ujian nuklear Pyongyang itu.
Presiden Lee Myung-Bak mengadakan pertemuan dengan barisan menteri bagi membincangkan langkah susulan boleh diambil Seoul.
Pyongyang berdepan sekatan selepas melancarkan roket pada Disember lalu.
Ujian nuklear Pyongyang itu adalah yang pertama sejak Kim Jong Un memegang tampuk kuasa pada Disember tahun lalu.
Dalam pada itu, wakil Korea Selatan di PBB memaklumkan mesyuarat majlis keselamatan PBB diadakan jam 10 pagi pada hari Rabu.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Myung Bak
#PBB
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan