awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Surat Epstein: Mahkamah tolak saman fitnah US$10 bilion Trump terhadap WSJ
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu riba wanita dalam bas ekspres

Bernama
Bernama
14/04/2026
01:26 MYT
Polis kesan pemandu riba wanita dalam bas ekspres
Polis memohon kerjasama individu yang terlibat dalam rakaman video berkenaan agar tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi membantu siasatan.

Polis sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres lelaki serta seorang wanita yang dipercayai kenalannya bagi membantu siasatan berhubung satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan kejadian memandu dalam keadaan berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Supt Lee Robert berkata, video berdurasi lapan saat yang dimuat naik di Facebook itu menunjukkan wanita berkenaan duduk di atas riba pemandu ketika kenderaan sedang bergerak.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada 12 April lepas kira-kira 7.30 malam di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan dan rakaman video kejadian itu dikesan tular 13 April kira-kira 5.30 petang oleh pihak polis.

"Sehubungan itu polis memohon kerjasama individu yang terlibat dalam rakaman video berkenaan agar tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Lee berkata, perbuatan itu amat berbahaya kerana boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Insp Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#polis
#bas ekspres
#pemandu
#penumpang
#pemandu riba wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan