awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Surat Epstein: Mahkamah tolak saman fitnah US$10 bilion Trump terhadap WSJ
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit melonjak 135 mata asas kepada 3.96 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan

Bernama
Bernama
14/04/2026
01:38 MYT
Ringgit melonjak 135 mata asas kepada 3.96 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit melonjak sebanyak 135 mata asas untuk meningkat semula kepada paras 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini. - Gambar hiasan
Ringgit melonjak sebanyak 135 mata asas untuk meningkat semula kepada paras 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik susulan potensi rundingan pusingan kedua antara AS dan Iran.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 3.9600/9715 berbanding dolar AS daripada 3.9735/9805 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan terkini dalam pasaran minyak global susulan berita bahawa terdapat rundingan pusingan kedua antara AS dan Iran dalam masa terdekat, telah mendorong harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent menurun di bawah paras US$100 setong.
“Berita itu telah mewujudkan harapan bahawa penyelesaian secara damai dapat dicapai walaupun ia juga mungkin sukar direalisasikan,” katanya kepada Bernama.
Mengenai dolar AS yang dianggap sebagai mata wang selamat, katanya hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun, masing-masing merosot sebanyak dua mata asas kepada 3.77 peratus dan 4.29 peratus.
Dalam pada itu, katanya, Indeks Dolar AS (DXY) berkurangan 0.23 peratus kepada 98.425 mata.
“Pasaran juga dilihat cenderung kepada pelaburan berisiko walaupun masih berhati-hati berdasarkan perkembangan rundingan yang berubah-ubah.
“Ringgit dijangka mencatatkan peningkatan semula tetapi kekal dalam jajaran kecil antara RM3.96 dan RM3.98 hari ini,” katanya.
Walaupun diniagakan tinggi berbanding dolar AS, ringgit kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi pembukaan kecuali yen Jepun.
Ringgit menurun berbanding pound kepada 5.3515/3671 daripada 5.3360/3454 dan rendah berbanding euro kepada 4.6589/6725 daripada 4.6434/6516.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4867/4940 daripada 2.4875/4920 pada Isnin.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN kecuali baht Thailand.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1105/1205 daripada 3.1145/1205, tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 231.5/232.3 daripada 232.2/232.8 dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.58/6.60 daripada 6.60/6.62 semalam.
Mata wang tempatan menurun berbanding baht Thailand kepada 12.3623/4071 daripada 12.3202/3503 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan