awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Pemberontak Ukraine telah temui kotak hitam, lapor Interfax

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
18/07/2014
02:22 MYT
MH17: Pemberontak Ukraine telah temui kotak hitam, lapor Interfax
Puak pemberontak Ukraine dilaporkan kononya telah menemui kotak hitam dari pesawat penerbangan Malaysia MH17.
Kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur negara itu pada Khamis dengan 298 penumpang dan anak kapal.
Menurut laporan agensi berita Interfax, kumpulan itu juga telah bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam berkenaan kepada pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.
Kumpulan yang menamakan diri mereka Donetsk People's Republic itu memaklumkan kerjasama mereka dengan pihak berkuasa Rusia itu, menerusi satu kenyataan.
Pemimpin kumpulan itu, Andrei Purgin telah memaklumkan Interfax bahawa kotak hitam berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Interstate Aviation Committee (IAC) di Moscow.
Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala lumpur kemudiannya disahkan terhempas.
Topic Berkaitan
#MH17
#puak pemberontak ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan