awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit

Bernama
Bernama
18/01/2025
22:45 MYT
Musk janji atasi isu IT kerajaan AS, akui lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit
Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan selepas laporan mengenai penggodaman besar ke atas Perbendaharaan. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Ketua Eksekutif SpaceX dan jutawan teknologi, Elon Musk berjanji pada Sabtu untuk membantu pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) memperbaiki sistem teknologi maklumat (IT) kerajaan selepas laporan mengenai penggodaman besar ke atas Perbendaharaan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Matlamat saya adalah untuk memperbaiki sistem IT kerajaan! Ini lebih sukar daripada melancarkan roket ke orbit," kata Musk di platform X.
Pada 8 Dis, Jabatan Perbendaharaan AS dimaklumkan oleh syarikat perisian BeyondTrust bahawa penggodam telah memperoleh kunci keselamatan yang digunakan untuk memberikan sokongan teknikal secara jarak jauh, membolehkan mereka mengakses beberapa komputer Jabatan Perbendaharaan serta dokumen-dokumen berkaitan, menurut laporan akhbar The New York Times.
Sebanyak 419 komputer Jabatan Perbendaharaan digodam, namun hanya fail tidak sulit yang dilaporkan terjejas.
Pada 15 Jan, laman berita Politico melaporkan bahawa penggodam telah mendapat akses kepada lebih 3,000 dokumen pegawai kanan AS, termasuk Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen.
Laporan itu mengaitkan penggodaman berkenaan kepada China, yang menafikan sebarang penglibatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#isu IT
#Amerika Syarikat
#penggodaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan