awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula

Bernama
Bernama
15/10/2023
16:07 MYT
Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku. - Reuters
PARIS: Dua pusat tarikan pelancong utama Perancis iaitu Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula kepada pengunjung selepas terpaksa ditutup ekoran ancaman keselamatan pada Sabtu, lapor Agensi Berita dpa.
Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin memberi kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.
Pembukaan semula kedua-dua pusat tarikan pelancong itu diumumkan di platform X pada Ahad.
Ancaman itu berlaku selepas tragedi pada Jumaat ketika seorang pemuda membunuh seorang guru menggunakan pisau dan mencederakan tiga yang lain, di sebuah sekolah di Arras, utara Perancis.
Sejak itu, Perancis berada pada tahap amaran keganasan tahap tertinggi. Menjelang Isnin, 7,000 tentera dari unit antikeganasan Sentinelle dikerah ke seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#muzium louvre
#istana versailles
#ancaman keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan