awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Suraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nama suspek tembak jatuh MH17 akan didedahkan

Agensi
Agensi
02/10/2016
07:50 MYT
Nama suspek tembak jatuh MH17 akan didedahkan
Siasatan Moscow juga mendapati penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 2014 itu telah ditembak oleh tentera Ukraine dan bukan puak pemisah.
Menteri Luar Australia Julie Bishop memaklumkan, nama suspek yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014 mungkin akan didedahkan akhir tahun ini.
Beliau dalam temubual bersama stesen television Australia (ABC) berkata pihak yang dipercayai bertanggungjawab terhadap insiden itu akan dibawa ke muka pengadilan. Rabu lalu, pegawai penyiasat antarabangsa melaporkan penumpang MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia dari kawasan perkampungan anggota pemberontak Pro-Russia di Timur Ukraine.
Siasatan Moscow juga mendapati penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 2014 itu telah ditembak oleh tentera Ukraine dan bukan puak pemisah.
Dalam pada itu, Bishop turut mencadangkan supaya tribunal yang menyerupai kes pengeboman Lockerbie pada 1988 diguna pakai terhadap kes tersebut.
Menurutnya, tribunal itu menjadi pilihan sekiranya Rusia menggunakan kuasa veto bagi menghalang cubaan menyiasat dengan lebih lanjut punca nahas berkenaan.
Topic Berkaitan
#Julie Bishop
#Malaysia Airlines
#Menteri Luar Australia
#MH17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan