awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nancy Pelosi bakal lepaskan jawatan pemimpin tertinggi Demokrat

Bernama
Bernama
18/11/2022
04:30 MYT
Nancy Pelosi bakal lepaskan jawatan pemimpin tertinggi Demokrat
Pada usia 82 tahun, Pelosi telah dipilih semula tahun ini untuk mewakili Kongres ke-12 California di Dewan di Capitol Hill. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi mengumumkan pada Khamis bakal melepaskan jawatan sebagai pemimpin tertinggi Demokrat di Dewan Perwakilan, lapor Xinhua.
"Saya tidak menjadi calon untuk pemilihan semula dalam barisan kepimpinan Demokrat untuk Kongres akan datang," kata Pelosi.
Pada usia 82 tahun, Pelosi telah dipilih semula tahun ini untuk mewakili Kongres ke-12 California di Dewan di Capitol Hill.
Media AS meramalkan Republikan akan menguasai Dewan selepas pilihan raya pertengahan penggal 2022.
Republikan pada Selasa mencalonkan Ketua Minoriti Kevin McCarthy untuk menjadi speaker Dewan.
Masih belum dapat dipastikan siapa bakal mengetuai Demokrat untuk tempoh dua tahun akan datang.
Kepercayaan orang ramai terhadap Kongres mencecah paras terendah dengan hanya tujuh peratus rakyat Amerika menyatakan keyakinan terhadap Kongres, menurut tinjauan terkini Gallup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Pelocy
#Speaker Dewan AS
#Demokrat
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan