awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara Asia Timur capai konsensus tangani isu Laut China Selatan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
23/11/2015
00:17 MYT
Negara Asia Timur capai konsensus tangani isu Laut China Selatan
Kawasan Laut China Selatan menyaksikan tuntutan wilayah bertindih membabitkan empat negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Filipina, dan Vietnam, serta China dan Taiwan. - Gambar Fail
Negara-negara Asia Timur mencapai persetujuan untuk menangani secara bersama isu pertindihan di Laut China Selatan.
Konsesus itu dicapai pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rantau itu mahu melihat konflik tuntutan wilayah di Laut China Selatan diselesaikan segera menerusi pelaksanaan Kod Tatalaku (COC).
"Terdapat konsensus antara negara anggota Asia Timur (EAS) bahawa isu Laut China Selatan perlu ditangani tanpa menimbulkan ketegangan di wilayah berkenaan.
"Ia perlu berlandaskan undang-undang antarabangsa dan kita juga perlu pastikan bahawa prinsip Deklarasi Perilaku (DOC) di Laut China Selatan dipatuhi dan segera muktamadkan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan agar ia dapat dilaksana," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam pada itu, kata Najib, negara-negara terlibat turut menyatakan komitmen untuk memastikan kebebasan navigasi dan penerbangan tanpa sekatan di Laut China Selatan.
"Berhubung kebebasan navigasi dan penerbangan, semua negara bersetuju bahawa tiada sekatan dikenakan. Bukan hanya China malah negara anggota ASEAN turut menyatakan bahawa mereka komited untuk memastikan keselamatan kebebasan navigasi dan penerbangan terjamin," katanya.
Kawasan Laut China Selatan menyaksikan tuntutan wilayah bertindih membabitkan empat negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Filipina, dan Vietnam, serta China dan Taiwan.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Laut China Selatan
#Najib Razak
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Spratlys
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan