awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim

Bernama
Bernama
09/11/2022
08:05 MYT
Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Dalam berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar. - Gambar fail
BEIJING: Negara maju harus menunaikan janji mereka untuk menyediakan AS$100 bilion bagi sumber kewangan menangani bencana iklim secepat mungkin dan mencari jalan penyelesaian untuk menggandakan dana sokongan penyesuaian.
Duta Khas China untuk Perubahan Iklim, Xie Zhenhua berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pelaksanaan Iklim sesi ke-27 (COP27) sempena Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang diadakan di Sharm El-Sheikh, Mesir pada Selasa.
Xie yang juga wakil khas Presiden China Xi Jinping berkata, tatkala menghadapi cabaran besar akibat cuaca ekstrim yang menyebabkan kerugian besar di seluruh dunia, di samping krisis tenaga dan makanan tahun ini, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar daripada kesulitan itu.
Xie berkata bahawa prinsip memikul tanggungjawab bersama tetapi berbeza dan mekanisme sumbangan yang ditentukan secara nasional masih tidak dapat dielakkan untuk mengatasi cabaran iklim.
"Ketika UNFCCC meraikan ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini dan Perjanjian Paris telah memasuki peringkat pelaksanaan secara komprehensif, COP27 pula menggalas tugas penting untuk menegakkan konsensus mengenai prinsip UNFCCC serta mempromosikan tindakan pragmatik oleh semua pihak," katanya.
Beliau berkata bahawa China secara aktif menangani perubahan iklim menerusi tindakan yang berterusan dan pragmatik, dan keazaman negara itu untuk mengikuti arus pembangunan mesra alam akan diperkukuh.
"Keazaman dan kedudukan kukuh China untuk melaksanakan matlamat demi mencapai kemuncak karbon dan neutral karbon, dan mengambil bahagian secara aktif dalam tadbir urus iklim global tidak akan berubah," ikrar Xie.
Beliau turut berharap agar COP27 akan terus menumpukan pelaksanaan janji, sambil menggesa negara maju untuk menerajui usaha yang lebih berkesan bagi mengurangkan pelepasan karbon agar mencapai sasaran neutral karbon lebih awal daripada jadual, serta mencapai keputusan substantif mengenai penyesuaian dan isu kewangan.
"Kami bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk mematuhi multilateralisme, membina sistem tadbir urus iklim global yang adil dan situasi sama menang, termasuk memberi sumbangan yang lebih besar untuk menangani cabaran akibat perubahan iklim global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bencana iklim
#negara maju
#krisis tenaga
#krisis makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan