awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara-Negara Teluk sambung perbincangan perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun

Bernama
Bernama
08/09/2023
02:10 MYT
Negara-Negara Teluk sambung perbincangan perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun
Sayyid Badr Hamad, Menteri Luar Oman. - Foto Kementerian Luar Oman
DOHA: Negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) akan menyambung semula perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas dengan Jepun, lapor Sputnik, memetik Menteri Luar Oman Sayyid Badr Hamad pada Khamis.
"Hari ini kami mengumumkan penyambungan semula rundingan untuk mencapai perjanjian perdagangan bebas antara Jepun dan negara-negara Teluk... yang akan memberi kesan positif secara langsung kepada kedua-dua pihak," kata menteri Oman itu kepada wartawan selepas pertemuan dengan Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi.
Menteri Oman berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada momentum baharu kerjasama antara keenam-enam negara Teluk dan Jepun bagi mengukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan dan politik, susulan lawatan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida ke rantau Teluk pada Julai.
Jepun merupakan pengeksport keempat terbesar Teluk, dengan perdagangan berjumlah US$76.7 bilion, dan keempat bagi import dari Teluk yang dianggarkan berjumlah US$22 bilion, menurut GCC.
GCC telah ditubuhkan secara rasmi pada 1981 merangkumi Bahrain, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Arab Saudi.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#perjanjian perdagangan bebas
#Jepun
#negara teluk
#Sayyid Badr Hamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan