awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya

Bernama
Bernama
02/11/2024
14:35 MYT
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah. - AP
WASHINGTON: Gabenor Washington mengaktifkan sejumlah anggota Pengawal Kebangsaan untuk bersiap sedia sekiranya berlaku kekacauan berkaitan pilihan raya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Ini adalah langkah berjaga-jaga semata-mata," menurut kenyataan daripada Pejabat Gabenor Jay Inslee pada Jumaat.
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Insiden serupa turut berlaku di bandar berhampiran Portland, Oregon, pada waktu yang sama.
Menurut Pejabat Inslee, gabenor seorang Demokrat - memberi respons terhadap kejadian itu manakala Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS mengeluarkan amaran di seluruh negara mengenai ancaman terhadap infrastruktur pilihan raya.
Pengawal Kebangsaan ialah pasukan tentera yang berpangkalan di negeri dan bertanggungjawab kepada gabenor dan presiden, serta kerap dikerahkan untuk menangani bencana alam dan kecemasan lain.
Pengawal Kebangsaan akan berada dalam keadaan siap sedia selama empat hari di negeri Washington, bermula Isnin dan mengakhiri tugas selepas tengah malam Khamis.
Pilihan Raya AS akan berlangsung pada Selasa, tetapi berjuta-juta pengundi sudah menunaikan hak mengundi awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya presiden
#presiden as
#Washington
#kawalan keselamatan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan