awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO mahu pihak berkuasa siasat Deklarasi Mahathir kumpul tandatangan

Bernama
Bernama
14/05/2016
23:50 MYT
NGO mahu pihak berkuasa siasat Deklarasi Mahathir kumpul tandatangan
Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gerakan 'Deklarasi Mahathir' telah mengumpul 1.27 juta tandatangan. -Gambar fail
Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gerakan 'Deklarasi Mahathir' telah mengumpul 1.27 juta tandatangan, khususnya yang melibatkan tandatangan secara dalam talian.
Presidennya Mustafa Abu Bakar berkata siasatan segera perlu dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terhadap dakwaan gerakan itu yang menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
"Kami mahukan kebenaran dan mahu tahu siapa yang berbohong dalam menyatakan jumlah tandatangan terkumpul itu," katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.
Menurutnya sekretariat Pakatan Harapan telah memaklumkan jumlah tandatangan terkumpul adalah 500,000, manakala pihak Tun Mahathir menyatakan tandatangan telah mencecah angka 1.27 juta.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata bahawa sebanyak 1.07 juta tandatangan dikumpul melalui atas talian, manakala 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal dan 50,000 lagi direkodkan di laman sesawang alternatif Change.org.
Topic Berkaitan
#1.27 juta tandatangan
#Deklarasi Mahathir
#Pertubuhan Gabungan Melayu Nusantara Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan